-->

Tamadun Islam dan Tamadun Asia



Sunday, 22 April 2012

KESAN KEDATANGAN ISLAM TERHADAP SOSIOBUDAYA



kesenian


1. senibina

  • masjid,rumah serta istana


             
Masjid kristal                                      Rumah kayu                    
                                                                                     
2.   seni bertulis ( khat ) 

  • Kesenian epigrafi pada batu bersurat dan batu nisan

                
kk Batu bersurat                                batu nisan                             khat
n


            
















Posted by FaTzLiNa at 00:34 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Saturday, 21 April 2012

Posted by FaTzLiNa at 23:28 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Friday, 20 April 2012

KEWUJUDAN TAMADUN ISLAM









Posted by FaTzLiNa at 19:42 3 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Wednesday, 18 April 2012

PIRAMID MELAYU TERSEMBUNYI DI LAUTAN JEPUN


PENDAHULUAN


Tidak lama dahulu, beberapa pengkaji telah menjumpai satu kaum yang tinggal di tepi sebuah tasik di pedalaman Jepun. Kaum ini begitu jauh dari pembangunan dan masih mengamalkan cara hidup tradisional. Bahasa kaum ini tidak mampu difahami oleh para pengkaji tersebut dan bahasa mereka tidak pula punya persamaan dengan bahasa Jepun mahupun bahasa-bahasa sekitar. Namun anehnya, para pengkaji tersebut mengesan tiga perkataan yang memungkinkan hubungan mereka dengan satu bangsa lain. Perkataan itu adalah  : mata, batu dan air.








Dilaut sekitar Okinawa, berdekatan Pulau Yonaguni, telah dijumpai sebuah piramid meneyrupai ziggurat didasar lautnya.Piramid ini terletak kira-kira 100 kaki kedalam laut dan mempunyai gerbang, tangga dan jalan berturap batu. Pakar mengatakan usia piramid ini berdasarkan ujian radiokarbon ialah kira-kira 8000 tahun sebelum Masehi, dan perubahan Jepun ketika itu hanyalah berdasarkan car hidup memburu dan mengumpul makanan untuk sara diri. Peradapan Piramid di Mesir bermula kira-kira 5000 tahun selepas itu. Siapakah yang membina piramid ini.???? satu pernemuan yan g masih dirahsiakan oleh para pengkaji ialah : tulisannya mirip Rencong telah ditemuidi barat daya struktur itu terukir di 'hall chamber' di sebelah dalam piramid yang merupakan 'access denied' atas sebab-sebab yang tidak munasabah oleh pihak-pihak tertentu.


Jim Hower, seorang ahli arkeologi di Universiti College London telah menimbulkan pandanagan bahawa sekurang-kurangnya usia peradapan dasar laut Okonawa itu menjangkau 10,000 tahun dan peradapan ini kalau dilihat pasti setaraf dengan peradapan Lembah Indus dan Mesopotamia. Ahli arkeologi itu juga  mengatakan bahawa " ini telah mengubah banyak pandangan tentang peradapan Asia Tenggara". Perhatikan, Beliau tidak menyebut tentang " Peradapan Asia Timur' tetapi menyebut ' Peradapan Asia Tenggara". Renungi bersama, betapa majunya Asia Tenggara lama dahulu.






Posted by FaTzLiNa at 22:00 3 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

TAMADUN MELAYU: MASA DEPAN




  • Masyarakat yang bertamadun ialah masyarakat yang berpaksikan akidah yang mantap, keluhuran undang-undang islam, kemakmuran yang diredhai oleh Allah dan akhlak umat yang tinggi. Untuk mencapai kecemerlangan masa depan dalam tamadun melayu, khasnya masyarakat Malaysia perlu mengejar untuk menjadi suatu masyarakat murni yang bersih dari sampah sarap kebendaan, rasuah, penyelewengan dan akhlak yang buruk. Situasi ini amat bersesuaian kerana dalam dua, tiga tahun ini telah berlaku beberapa cetusan idea di kalangan masyrakat melayu iaitu masyarakat berilmu, budaya berfikir dan Malaysia Baru. Menurut Kassim Ahmad (1994), Perdana Menteri Malaysia iaitu Dato‘ Seri Dr Mahathir Mohamad sendiri telah merancangkan kita dengan visi wawasan 2020. Masa depan ke arah mencapai impian wawasan 2020 ini dapat dicapai melalui beberapa faktor. Pertama dasar dan falsafah negara, kedua bentuk masyarakat yang hendak dibina ketiga wawasan yang hendak di tuju dan keempat usaha ke arah membina –masyarakat madani‘. Masyarakat madani adalah masyarakat yang bersih dari segala bentuk, syirik dan bentuk jahiliah.masyarakat. Masyarakat melayu pada hari ini ialah barangkali digambarkan sebagai pramasyarakat madani iaitu keadaan sebelum masyarakat madani. Namun tidak mustahil menjelang wawasan 2020 nanti, masyarakat melayu lebih bertamadun dalam erti kata yang sebenarnya.

  • Untuk mencapai masyarakat yang cemerlang pada masa depan, kita memerlukan bimbingan dari Ilahi. Bangsa melayu telah mmenganut agama islam sejak kerajaan melayu iaitu 500 tahun dahulu. Daripada Al-Quranlah kita harus mencari panduan untuk menghindari bangsa melayu daripasa terhapus serta untuk membangunkan tamadun baru bangsa dalam abad ke 21.1 Selain itu , untuk membangunkan sebuah tamadun Malaysia Baru dalam abad ke 21, pemimpin dan rakyat kita mestilah kembali berpegang pada ajaran Al-Quran yang telah bertanggungjawab membangunkan tamadun dan empayar Islam dari abad ke sembilan hingga ke abad ke 13. dalam Al-Quran Tuhan memberi contoh raja Mesir atau firaun yang dianggap sebagai tuhan oleh rakyatnya, dan tuhan itu menghancurkan mereka akhirnya. Demikian kita mesti mengambil iktibar bahawa kita wajib berpegang teguh dan tunduk kepeda Allah dan tidak boleh tunduk pada sesiapa selain Allah. Faktor inilah boleh menjadikan tamadun melayu cemerlang di masa depan.





    • Gambaran masa depan tamadun melayu masih lagi kabur. Cebisan masa depan itu samalah rupa seekor gajah yang cuba digambarkan oleh enam orang buta. Orang yang memegang ekor gajah tidak sama dengan orang yang meraba telinga gajah. Usaha untuk bertindak merebut peluang masa depan itu menjadi tidak keruan. Oleh itu, kita memerlukan gambaran yang lengkap tentang realiti dan kaedah-kaedah bertindak merebut peluang masa depan. Dalam mencapai tamadun abad 21 adalah dipengaruhi oleh keupayaan manusia meneroka, membangun dan menggunakan manipulasi, sekurang- sekurangnya 20 tahun teknologi teras secara produktif dan optimum. Di samping itu,pemimpin negara Malaysia juga haruslah mempunyai keinginan dan daya usaha untuk memsnifestasikan kewujudan generasi masa hadapan yang mempunyai ciri-ciri pemimpin seperti yang diimpikan oleh Umar Ibn Al-Khattab. Kejayaan wawasan 2020 banyak bergantung kepada kejayaan pemimpin masa kini yang membina generasi pelapis yang bermutu untuk mencapai kecemerlangan di masa hadapan. Suria Janib (1996),
      • mengatakan bahawa contohilah Imam Ghazali dan Imam Syafie untuk cari ilmu dan ilmu itu dimanfaatkan untuk generasi akan datang.



                                    • M

  • Di samping itu juga, dalam pemerinthan negara Malaysia, masyarakat melayu sudah mempunyai pentadbiran yang cekap iaitu mempunyai jentera pentadbiran yang boleh dibanggakan. Ia bukan sahaja cekap, disiplin dan produktif tetapi bermutu tinggi dan setanding dengan jentera pentadbiran di negara-negara maju. Dengan wujudnya masyarakat melayu yang bersatu padu, sentiasa memelihara moral dan etika serta
    masyarakat liberal dan bertolak ansur, maka tidak mustahil suatu hari nanti negara Malaysia akan menjadi sebuah negara yang bertamadun. Jikalau di zaman pemjajah Inggeris, anak melayu menjadi petani, pegawai rendah, tetapi sekarang sudah berubah menjadi ketua jabatan saintis, actuarist, ahli fizik nuclear, pakar bedah dan pakar dalam pelbagai bidang serta menjadi ahli korporat. Inilah masanya untuk membuktikan kepada dunia bahawa orang melayu boleh menjadi pengurus yang cekap dan baik serta mampu membangunkan kegemilangan tamadun Islam.


  • Masyarakat melayu juga perlu menglami transformasi yang radikal iaitu pemmbaharuan melayu dalam konsep maju dalam ”acuan sendiri„ seperti yang berteraskan prinsip dan nilai-nilai dasar agama dan budaya kita sendiri.3 Walau bagaimanapun dari segi kata lain, proses pembaharuan ialah satu proses yang berterusan yang harus dialami oleh setiap umatyang ingin mengemaskinikan diri, sesuai dengan pembaharuan zaman. Jadi dalam hubungan inilah uamt melayu harus menghadapi perubahan bagi menghadapi cabaran ke 21. Masyarakat melayu sekarang juga perlu bijak mengunakan kemudahan-kemudahan yang diperuntukkan negara dalam memajukan diri sendiri dan masa depan Malaysia. Falsafah in ada dijelaskan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato‘ Seri Dr Mahathir Mohamad yang berucap semasa mersmikan pelancaran Putrajaya pada 25 Ogos 1993. Kecemerlangan tamadun melayu semakin berkembang apabila wujudnya projek raksasa Koridor Raya Multimedia yang diumumkan pada akhir tahun 1996 yang menjadikan kawasan yang dilengkapi infrastruktur, perundangan, dasar dan amalan yang memungkinkan firma-firma multimedia menerokai dunia maklumat tanpa sempadan. 



    • Di samping itu juga, dalam pemerinthan negara Malaysia, masyarakat melayu sudah mempunyai pentadbiran yang cekap iaitu mempunyai jentera pentadbiran yang boleh dibanggakan. Ia bukan sahaja cekap, disiplin dan produktif tetapi bermutu tinggi dan setanding dengan jentera pentadbiran di negara-negara maju. Dengan wujudnya masyarakat melayu yang bersatu padu, sentiasa memelihara moral dan etika serta 
      • masyarakat liberal dan bertolak ansur, maka tidak mustahil suatu hari nanti negara Malaysia akan menjadi sebuah negara yang bertamadun. Jikalau di zaman pemjajah Inggeris, anak melayu menjadi petani, pegawai rendah, tetapi sekarang sudah berubah menjadi ketua jabatan saintis, actuarist, ahli fizik nuclear, pakar bedah dan pakar dalam pelbagai bidang serta menjadi ahli korporat. Inilah masanya untuk membuktikan kepada dunia bahawa orang melayu boleh menjadi pengurus yang cekap dan baik serta mampu membangunkan kegemilangan tamadun Islam.
     


Posted by FaTzLiNa at 08:55 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Monday, 9 April 2012

SUMBANGAN TAMADUN ISLAM KEPADA DUNIA

Tahukah anda, siapakah org yang pertama terbang di udara?


Tokoh Islam tersebut adalah IBN FIRNAS (Abul Qassim Abbas Ibnu Firnas Ibn Wardus)

Dilahirkan di Korah Takrna dekat Rondo, dalam jajahan Sepanyol dan dibesarkan di Cordova sewaktu kegemilangan Andalusia.

Ibn Firnas salah seorang ahli fizik, Kimia dan Astronomi yang pernah membuat eksperimen menggabungkan bahan-bahan tanah dan batu lalu terhasil kaca..

Dengan akal yang bijak dan kreatif, Ibn Firnas merekacipta satu alat yang sampai sekarang dijadikan sebagai asas kapal terbang. Idea mereka kapal terbang pertama di dunia terhasil selepas beliau merenung burung-burung ciptaan Allah. Beliau terfikir untuk mencipta satu alat yang boleh menerbangkan manusia.







Ilmuan Islam ini telah menggegarkan dunia dengan ciptaan yang mana kita disogokkan sewaktu kecil iaitu adik-beradik Oliver & Wilbur yang mula-mula mencipta kapal terbang.

Beliau membuat demostrasi dengan memanggil rakyat Kordova untuk menyaksikan beliau menerbangkan dirinya menuruni gunung. Penerbangannya berjaya tetapi pendaratannya agak keras sehingga tulang belakangnya cedera.

Rekaan Ibn Firnas itu sebenarnya MENDAHULUI Da Vinci selama 600 tahun manakala adik-beradik Wright selepas 1000 tahun kemudian.


Salah satu lakaran lukisan Leonardo da Vinci
sumber: Gibbs 1974




Ibn Firnas antara TOKOH MUSLIM yang jarang disebut dalam sejarah tetapi catatan khazanah MUSLIM mengenai teknologi Ibn Firnas ini juga telah diangkut ke BARAT dan DITUKAR FAKTA!



Posted by FaTzLiNa at 07:24 4 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Sunday, 8 April 2012

SAYANGILAH ISLAM...

BAGAIMANA MENGHAYATI ISLAM.....

 
Keutamaan Majlis Zikrullah (ilmu):

“Rasulullah saw datang kepada sahabat dan bertanya: ‘Apa sebab kamu duduk? ’Kami berzikir dan memuji Allah atas hidayah Islam diberikan kpd kami ’ Beliau bersabda: ’Demi Allah, hanya untuk itu kamu duduk?
Saya tidak menyuruh kamu bersumpah untuk menjawab soalan saya, tetapi Jibril datang kepadaku dan beritahu bahawa Allah membanggakan kamu kepada para malaikatnya”
(Muslim)


“Tidaklah suatu kaum duduk berzikir kepada Allah melainkan mereka itu dikelilingi para malaikat, diliputi rahmah, turunlah ketenteraman atas diri mereka serta disebut oleh Allah dikalangan malaikatnya” (HR Muslim)

I. Pengertian Menghayati Islam

Ma’rifat Islam: kenal dan faham dengan betul. Syeikh al-Qardhawi menyatakan bahawa Islam ialah penyelamat dunia dan akhirat, yang panduannya diturunkan Allah dalam al-Quran sebagai akidah, ibadah, tarbiyah, akhlak, adab dan perundangan. Jika Islam dilaksana dapatlah mensuci diri, menjadikan keluarga tenang, masyarakat bersatu dan negara aman. Salah faham dan salah dalam amalan hidup menyebabkan individu dan masyarakat akan pincang.

Sumber Islam adalah al-Quran, sunnah dan sunnah Khulafa’ al-Rasyidin. Faham aliran bukan Islam bukanlah aliran umat ini. Ia adalah aliran yang ajnabi.

Islam menuntut penyerahan hati dan diri dengan mematuhi peraturan dan hukum Allah. Dengan begini Islam memestikan dibentuknya pendokong (rijal) agar Islam dapat mengamankan kehidupan di muka bumi ini.

Syeikh Mustafa Masyur menjelaskan bahawa: “Iman dinamik, berfungsi dan hidup, bukannya mandul. Sumber kekuatan, melahirkan tenaga, meningkatkan azam dan kemahuan, memudahkan tindakan, mampu menghadapi rintangan, menghindarkan kesalahan dan menjadi petunjuk sepanjang perjalanan. Berpaksikan kepada jiwa yang sentiasa merasa-rasakan Allah bersamanya (mu’ayyatullah).” Dengan itu setiap Muslim perlu kembali kepada madrasah Rasulullah saw dari segi nokhtah bidayah, uslub, matlamat, qudwah dan manhajnya.

II. Fungsi al-Quran

Al-Quran hanya boleh berfungsi jika seseorang itu benar-benar beriman yakni faham, yakin dan merasai sasaran setiap ayat. Ia merasai sentuhan ayat al-Quran. Bermula dengan ia merima Al-Quran sebagai dustur kehidupan, beriman kepada ajarannya. Maka ia membacanya, memahami ajarannya, menhayatinya dengan bersungguh-sungguh pada diri sendiri dan membentuk keluarga dan masyarakat dengan acuan Al-Quran.

III. Faktor Kejayaan Generasi Awal

Generasi awal meyakini sepenuh apa disampaikan oleh Rasulullah saw sebagai al-haq. Mereka berpegang tanpa berganjak. Kejayaan Rasulullah saw menjadikan para sahabat sebagai gambaran hukum mengatur urusan hidup mereka, mengendalikan masyarakat dan tentukan hubungan sesama manusia.

Ini adalah kerana menjadi kenyataan bahawa Al-Quran hanya berfungsi atas hati beriman; Dan apabila diturunkan suatu surah maka antara mereka ada berkata: "Siapakah di antara kamu yang bertambah imannya disebabkan oleh surah ini?" Adapun orang-orang yang beriman, maka surah itu menambahkan iman mereka, sedang mereka bergembira. Adapun orang-orang ada dalam hati mereka ada penyakit, maka surah itu bertambah kekafiran disamping kekafiran sedia ada dan mereka mati dalam keadaan kafir.” (at-Taubah:124-125)

Sabda Nabi S.A.W; “Ketahuilah bahawa di dalam badan manusia itu ada seketul daging apabila baik, maka baiklah seluruhnya dan apabila rosak maka rosaklah seluruh tubuhnya. Ketahuilah itulah hati” .

Sabdanya lagi: “Sesungguhnya hati itu berkarat sebagaimana berkaratnya besi” Bertanya sahabat: “Bagaimana cara untuk membersihnya?” Jawab baginda: “Tilawatil al-Quran dan ingatkan kepada mati”

IV. Operasi Pembersihan Hati

Sebagai permulaan usaha hendahklah kita meningkatkan hati kepada tingkatan iman, nur sebagaimana dikehendakki Allah:“Adakah orang dilapangkan Allah dadanya untuk menerima Islam, lalu ia tetap berada dalam cahaya (hidayah) dari Tuhannya,” (az-Zumar:22)

Wasail pembersihan diri adalah:

Ø Tafaqquh fi-din – fahami makna, tuntutan dan tanggungjawab Islam; “Siapa yang Allah hendak berikan kebaikan kepadanya maka Allah beri ia faham tentang Islam” (al-Hadis)

Ø Menjalankan operasi pembersihan diri daripada rawasit al-jahiliyah

Ø Pengisian ibadah dengan tafakkur, wirid, zikir, iktikaf, qiammullail – laksana dengan kefahaman dan hajat kepada Allah; “Wahai orang yang berselimut! Bangunlah sedikit masa pada waktu malam. Ataupun lebihkan (sedikit) daripadanya; dan bacalah Al-Quran dengan "Tartil". Sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu kata-kata (wahyu) yang berat.”

Posted by FaTzLiNa at 02:28 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Friday, 6 April 2012

SURAH AL-BAQARAH 250



SABARLAH KITA DALAM MENGHADAPI CABARAN...
SABARLAH KITA MENGHADAI DUGAAN....
SABARLAH KITA UNTUK MENDAPATKAN SESUATU YANG TERBAIK....
MARILAH KITA MENGAMALKAN SURAH INI BAGI MENJADI SEORNG YANG PENYABAR.....


Posted by FaTzLiNa at 00:50 1 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Thursday, 5 April 2012

FEATURES OF BEST MUSLIM/SIFAT MAHMUDAH

Posted by FaTzLiNa at 22:07 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

SIAPAKAH YANG MERUBAHKAN WAJAH ISLAM DI MALAYSIA....???


Pendahuluan


  • Islam telah lama sampai ke Malaysia. Ini merujuk kepada beberapa faktor sejarah sama ada bentuk laporan, catatan yang ditemui. Pengislaman di Malaysia telah berlaku sejak kurun ke 9 masihi dan selewat-lewatnya kurun ke 12 atau 13 masihi dan bukannya kurun ke 15 seperti yang didakwa oleh sejarawan Barat. Iaitu ia bermula dari Melaka dengan pengislaman Parameswara. Dengan kedatangan Islam ke Malaysia ini banyak perubahan yang telah dibuat dari segi corak kehidupan, pemerintahan dan juga ekonomi. Bukan itu sahaja Malaysia yang dahulunya dikenali sebagai Tanah Melayu telah menjadi tumpuan penduduk seluruh Nusantara kerana kegiatan agama yang ada di negara itu.


  • Tetapi keamanan yang dirasai ini telah diganggu gugat oleh kedatangan British. British mula menjajah Tanah Melayu sejak kejatuhan Melaka lagi iaitu 1511. Dimana pada mulanya Portugis menjajah Melaka kemudian diambil alih oleh Belanda pada 1641. Dan yang terkemudian adalah British. British mula-mula datang ke Tanah Melayu dan telah mengambil Pulau Pinang daripada tangan Sultan Kedah pada 1786, menduduki Melaka untuk sementara waktu 1795 - 1818. Melalui langkah-langkah ini British telah berjaya menguasai dan menjajah tanahair kita sepenuhnya. Dengan penjajahan British ini telah banyak perubahan berlaku terutama dari segi pentadbiran, pendidikan dan cara hidup masyarakat Islam. Walaupun penjajahan ini banyak mengubah wajah Islam di Malaysia tetapi tidak sepenuhnya kerana ketebalan keimanan sesetengah golongan masih kuat. 


ISLAM SELEPAS PENJAJAHAN



Penjajahan Barat telah membawa berbagai kesan terhadap umat Islam. Terutamanya berkenaan kehilangan kuasa politik dan pemerintahan daripada pimpinan orang-orang Islam sendiri kepada pimpinan kuasa Barat yang beragama Kristian.




1. Penguasaan penjajah ini adakalanya secara langsung ( direct rule ) ataupun tidak langsung ( indirect rule ) apabila mereka memerintah melalui penguasa-penguasa tradisional yang hanya dijadikan sebagai boneka sahaja. Sebelum kedatangan British, agama Islam tidak dipisahkan dari sistem politik Melayu. Dalam Undang-undang Melayu Lama atau Hukum Kanun masih terdapat hukum-hukum Islam yang masih digunakan seperti hukum potong tangan untuk kesalahan mencuri dan hukuman sebat atau rotan untuk mereka yang berzina. Hakikat ini diakui sendiri oleh Hakim-hakim Lord Action dan Thomas dalam kes Ramah lawan Laton ( 1927 )


2. Yang mana dikatakan bahawa undang-undang Islam adalah undang-undang asal negeri ini bukan undang-undang asing. Bagaimanapun dengan kedatangan British, mulalah diperkenalkan dengan sistem pentadbiran sekular, bahawa antara agama dengan politik terdapat jarak yang tidak mungkin diketemukan. Pemisahan ini lebih bererti dalam Perjanjian Pangkor 1874 yang menegaskan semua urusan pentadbiran diserahkan kepada Residen British kecuali soal-soal agama ( disempitkan maknanya ) dan adat istiadat Melayu. Seterusnya kepada pembentukkan Negeri-negeri Melayu Bersekutu. British telah mula menentukan corak pemerintahan, pentadbiran dan keputusan dasar yang penting berhubung dengan sesebuah negeri Melayu bahkan dapat menantukan kedudukan seseorang raja yang dilantik memerintah negeri.


3. Ini telah menunjukkan bagaimana British telah berjaya mengubah wajah Islam di Malaysia dalam pentadbiran dengan perkenalkan pentadbiran serta undang-undang sekular. Dimana lebih pentingkan keduniaan tidak berkaitan dengan agama 


4. Dan ia juga telah mengenepikan sebahagian besar undang-undang Islam.


5. Kita dapat lihat dalam kes, dimana Residen-residen yang memberi nasihat-nasihat di Majlis-majlis Negeri telah campurtangan kerja-kerja para kadi. Kerana bagi mereka urusan nikah dan cerai libatkan hal keselamatan dalam negeri. Sebab itu British telah tentukan perlantikan, pendapatan, pengantungan dan pemecataan kadi-kadi. Tindak tanduk kadi juga telah diawasi dan kadang-kadang penyelesaian masalah dipindahkan kepada Majistret-majistret. 


6. Ini menunjukkan pentadbiran undang-unddang Islam yang tadinya bebas tidak bererti lagi. Walaupun begitu hakikatnya undang-undang British yang diperkenalkan tidaklah diambil sepenuhnya kerana undang-undang Islam masih kukuh dijiwa rakyat Malaysia. Selain penjajahan dalam pentadbiran, British juga telah mengubah wajah Islam di Malaysia dalam bidang pendidikan. Dimana hasrat sebenar penjajah British ke Malaysia adalah untuk mengubah corak pegangan hidup masyarakat Melayu dan juga pemikiran mereka agar menyanjungi kehebatan Barat. Satu sistem pendidikan telah diadakan, keseluruhan aspek dan sistem nilai serta kebudayaan penduduk tempatan dibentuk dan diindoktrinasikan dengan pengaruh kebudayaan, sikap dan pandangan Barat. 


7. Pada peringkat awal sistem pendidikan British yang berbentuk formal diperkenalkan di negeri-negeri lain sebagai cawangannya. Penubuhan sekolah-sekolah ini dibawah budi bicara, daya usaha dan pengawasan badan pengembangan agama Kristian. 


8. Oleh itu sambutan rakyat tempatan sangat dingin. Ini kerana pada peringkat awal pendidikan bagi masyarakat tempatan masih di institusi masjid, rumah dan surau yang terkenal sebagai Sekolah Quran atau Sekolah Agama


9. Mereka sanggup lagi untuk melanjutkan pendidikan tentang agama ke peringkat lebih tinggi di hantar ke Patani, Makkah dan Mesir. Selain itu ibu bapa masyarakat tempatan juga takut untuk menghantar anak ke Sekolah British sebab dikhuatiri anak-anak mereka nantti akan masuk Kristian. Denngan kegagalan awal ini, British telah mencuba taktik yang baru iaitu dengan mencampuri serta mengambil alih pentadbiran Sekolah Quran untuk diletakkan dibawah pengawalan mereka.


Sejak 1854, Sekolah Quran pentadbirannya telah diambiil alih dengan dibiayai pengajian dan diberi bantuan penuh. Kurikulumnya diubah, pentadbiran dan perjalanan sekolah berubah corak. Masa persekolahan dibahagikan dua, pagi untuk pelajaran akademik iaitu Sekolah Melayu dan petang untuk pelajaran agama iaitu Sekolah Quran. Ini telah menunjukkan satu doktrin yang cuba memisahkan antara ilmu agama dan akademik. Manakala pula Sekolah Quran sangat diabaikan berbanding Sekolah Melayu yang banyak pembaharuan serta bantuan diberikan. Dengan memisahkan kedua-dua jenis sekolah ini boleh melahirkan individu-individu atau masyarakat yang tempang atau tidak seimbang.

10. Kemudian penjajah British makin kuat dan mereka menguasai pendidikan serta pelajaran. Strategis melalui sektor pendidikan ini menjalarlah idea-idea, pandangan-pandangan hidup Barat itu ke dalam jiwa dan pemikiran rakyat umum tanpa disedari sehingga terjadilah revolusi kebudayaan. Akibatnya dongkollah aqidah agama dan padamlah semangat keagamaan, bertukarlah semangat kelombaan yang merupakan pendorong terbesar kemajuan, dari jiwa agama berkuranglah kemauan memperdalamkan pengetahuan agama.


11. Begitu juga dengan konsep kekeluargaan yang mana penjajah British telah mengubah kedudukan suami di dalam keluarga iaitu isteri lebh dipentingkan berbanding suami. Sedangkan di dalam Islam suami mempunyai kedudukan tinggi sebagai ketua keluarga dan dia boleh membuat sebarang keputusan tanpa menganiayai isteri dan ahli keluarganya. Tapi British telah mengubah dengan isteri turut sama boleh berkuasa dalam keluarga itu dan ada kalanya isteri-isteri yang telah meninggikan suara apabila berkata dengan suaminya. Sedangkan ajaran Islam tidak membenarkan ini.


Perubahan yang paling nyata telah dilakukan oleh British di Malaysia adalah corak pergaulan. Yang mana ia telah mengamalkan corak pergaulan bebas diantara masyarakat ataupun jantina, sedangkan dalam Islam hal pergaulan amat sensitif. Ini kerana ada jurang atau tembok pemisah pergaulan antara lelaki atau perempuan yang bukan muhrim. Tetapi ini telah diketepikan setelah Malaysia dijajaah oleh British.


Dengan teknologi moden yang dibawa masa penjajahan British menyebabkan anggota masyarakat, termasuk Pak Lebai dan Pak Haji begitu mudah terseret untuk jadi penonton pertunjukkan fesyen di Paris dan Pertandingan Ratu Cantik di New York melalui televesyen. Penumpahan dan pengaliran maklumat yang bersumberkan ideologi luar, yang didasari oleh kebudayaan asing dan ditentukan oleh kepentingan nasional negara penyedia berita dan cerita juga boleh mengakibatkan penjajahan fikiran yang boleh merosakkan aqidah dan kehidupan Islamiyah.


12. Apabila penganut Islam sendiri menolak sistem hidup Islam dan menganggapnya sebagai satu cara hidup kurun ke 7, maka penolakkan itu merangkumi semua aspek samada nilai-nilai unik ataupun universalnya. Ini termasuklah keadilan sosial menerusi sistem zakat. Ertinya pembangunan ekonomi yang tidak berteraskan tauhid telah membawa kepada devolusi kedudukan akhlak - moral Islam sehingga ia hanya berkembang dalam lingkungan, pegangan dan pembabitan perbadi sahaja.


13. Dalam bidang ekonomi, penjajahan British juga telah berjaya mengubah pegangan Islam yang pernah digunakan. Antaranya di dalam sukatan dan juga aktiviti perniagaan serta jual beli yang diperkenalkan. Jikalau dahulu Islam mengharamkan riba' atau bunga ataupun faedah semasa menjalankan aktiviti perdagangan tapi setelah penjajahan aktiviti inni adalah penting untuk mendapatkan keuntungan yang berlipat kali ganda. Aktiviti ini kekal hingga sekarang.



hanya sekadar kongsi bersama.......:)
Posted by FaTzLiNa at 08:50 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Newer Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Hargai Harimu

Jom Sertai Kami..

Search This Blog

Asma Ul Husna

Blog Archive

  • ▼  2012 (10)
    • ▼  April (10)
      • KESAN KEDATANGAN ISLAM TERHADAP SOSIOBUDAYA
      • No title
      • KEWUJUDAN TAMADUN ISLAM
      • PIRAMID MELAYU TERSEMBUNYI DI LAUTAN JEPUN
      • TAMADUN MELAYU: MASA DEPAN
      • SUMBANGAN TAMADUN ISLAM KEPADA DUNIA
      • SAYANGILAH ISLAM...
      • SURAH AL-BAQARAH 250
      • FEATURES OF BEST MUSLIM/SIFAT MAHMUDAH
      • SIAPAKAH YANG MERUBAHKAN WAJAH ISLAM DI MALAYSIA.....

Click Here Honey

Masa Itu Emas

About Me

My photo
FaTzLiNa
Indra kaYanGan, Perlis, Malaysia
Belong's this group Farhana zetty Linda Nik Najihah
View my complete profile

Total Pageviews

Click Here

style type="text/css"> /* Circle Text Styles */ #outerCircleText { font-style: normal; font-weight: normal; font-family: 'ARIAL'; color: # CCFF00; position: absolute;top: 0;left: 0;z-index: 3000;cursor: default;} #outerCircleText div {position: relative;} #outerCircleText div div {position: absolute;top: 0;left: 0;text-align: center;}

Followers

Backgrounds & Plaid Backgrounds

Maher Zain -Open Your Eyes

rasherish art. Theme images by mattjeacock. Powered by Blogger.