-->

Tamadun Islam dan Tamadun Asia



Sunday, 22 April 2012

KESAN KEDATANGAN ISLAM TERHADAP SOSIOBUDAYA



kesenian


1. senibina

  • masjid,rumah serta istana


             
Masjid kristal                                      Rumah kayu                    
                                                                                     
2.   seni bertulis ( khat ) 

  • Kesenian epigrafi pada batu bersurat dan batu nisan

                
kk Batu bersurat                                batu nisan                             khat
n


            
















Posted by FaTzLiNa at 00:34 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Saturday, 21 April 2012

Posted by FaTzLiNa at 23:28 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Friday, 20 April 2012

KEWUJUDAN TAMADUN ISLAM









Posted by FaTzLiNa at 19:42 3 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Wednesday, 18 April 2012

PIRAMID MELAYU TERSEMBUNYI DI LAUTAN JEPUN


PENDAHULUAN


Tidak lama dahulu, beberapa pengkaji telah menjumpai satu kaum yang tinggal di tepi sebuah tasik di pedalaman Jepun. Kaum ini begitu jauh dari pembangunan dan masih mengamalkan cara hidup tradisional. Bahasa kaum ini tidak mampu difahami oleh para pengkaji tersebut dan bahasa mereka tidak pula punya persamaan dengan bahasa Jepun mahupun bahasa-bahasa sekitar. Namun anehnya, para pengkaji tersebut mengesan tiga perkataan yang memungkinkan hubungan mereka dengan satu bangsa lain. Perkataan itu adalah  : mata, batu dan air.








Dilaut sekitar Okinawa, berdekatan Pulau Yonaguni, telah dijumpai sebuah piramid meneyrupai ziggurat didasar lautnya.Piramid ini terletak kira-kira 100 kaki kedalam laut dan mempunyai gerbang, tangga dan jalan berturap batu. Pakar mengatakan usia piramid ini berdasarkan ujian radiokarbon ialah kira-kira 8000 tahun sebelum Masehi, dan perubahan Jepun ketika itu hanyalah berdasarkan car hidup memburu dan mengumpul makanan untuk sara diri. Peradapan Piramid di Mesir bermula kira-kira 5000 tahun selepas itu. Siapakah yang membina piramid ini.???? satu pernemuan yan g masih dirahsiakan oleh para pengkaji ialah : tulisannya mirip Rencong telah ditemuidi barat daya struktur itu terukir di 'hall chamber' di sebelah dalam piramid yang merupakan 'access denied' atas sebab-sebab yang tidak munasabah oleh pihak-pihak tertentu.


Jim Hower, seorang ahli arkeologi di Universiti College London telah menimbulkan pandanagan bahawa sekurang-kurangnya usia peradapan dasar laut Okonawa itu menjangkau 10,000 tahun dan peradapan ini kalau dilihat pasti setaraf dengan peradapan Lembah Indus dan Mesopotamia. Ahli arkeologi itu juga  mengatakan bahawa " ini telah mengubah banyak pandangan tentang peradapan Asia Tenggara". Perhatikan, Beliau tidak menyebut tentang " Peradapan Asia Timur' tetapi menyebut ' Peradapan Asia Tenggara". Renungi bersama, betapa majunya Asia Tenggara lama dahulu.






Posted by FaTzLiNa at 22:00 3 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

TAMADUN MELAYU: MASA DEPAN




  • Masyarakat yang bertamadun ialah masyarakat yang berpaksikan akidah yang mantap, keluhuran undang-undang islam, kemakmuran yang diredhai oleh Allah dan akhlak umat yang tinggi. Untuk mencapai kecemerlangan masa depan dalam tamadun melayu, khasnya masyarakat Malaysia perlu mengejar untuk menjadi suatu masyarakat murni yang bersih dari sampah sarap kebendaan, rasuah, penyelewengan dan akhlak yang buruk. Situasi ini amat bersesuaian kerana dalam dua, tiga tahun ini telah berlaku beberapa cetusan idea di kalangan masyrakat melayu iaitu masyarakat berilmu, budaya berfikir dan Malaysia Baru. Menurut Kassim Ahmad (1994), Perdana Menteri Malaysia iaitu Dato‘ Seri Dr Mahathir Mohamad sendiri telah merancangkan kita dengan visi wawasan 2020. Masa depan ke arah mencapai impian wawasan 2020 ini dapat dicapai melalui beberapa faktor. Pertama dasar dan falsafah negara, kedua bentuk masyarakat yang hendak dibina ketiga wawasan yang hendak di tuju dan keempat usaha ke arah membina –masyarakat madani‘. Masyarakat madani adalah masyarakat yang bersih dari segala bentuk, syirik dan bentuk jahiliah.masyarakat. Masyarakat melayu pada hari ini ialah barangkali digambarkan sebagai pramasyarakat madani iaitu keadaan sebelum masyarakat madani. Namun tidak mustahil menjelang wawasan 2020 nanti, masyarakat melayu lebih bertamadun dalam erti kata yang sebenarnya.

  • Untuk mencapai masyarakat yang cemerlang pada masa depan, kita memerlukan bimbingan dari Ilahi. Bangsa melayu telah mmenganut agama islam sejak kerajaan melayu iaitu 500 tahun dahulu. Daripada Al-Quranlah kita harus mencari panduan untuk menghindari bangsa melayu daripasa terhapus serta untuk membangunkan tamadun baru bangsa dalam abad ke 21.1 Selain itu , untuk membangunkan sebuah tamadun Malaysia Baru dalam abad ke 21, pemimpin dan rakyat kita mestilah kembali berpegang pada ajaran Al-Quran yang telah bertanggungjawab membangunkan tamadun dan empayar Islam dari abad ke sembilan hingga ke abad ke 13. dalam Al-Quran Tuhan memberi contoh raja Mesir atau firaun yang dianggap sebagai tuhan oleh rakyatnya, dan tuhan itu menghancurkan mereka akhirnya. Demikian kita mesti mengambil iktibar bahawa kita wajib berpegang teguh dan tunduk kepeda Allah dan tidak boleh tunduk pada sesiapa selain Allah. Faktor inilah boleh menjadikan tamadun melayu cemerlang di masa depan.





    • Gambaran masa depan tamadun melayu masih lagi kabur. Cebisan masa depan itu samalah rupa seekor gajah yang cuba digambarkan oleh enam orang buta. Orang yang memegang ekor gajah tidak sama dengan orang yang meraba telinga gajah. Usaha untuk bertindak merebut peluang masa depan itu menjadi tidak keruan. Oleh itu, kita memerlukan gambaran yang lengkap tentang realiti dan kaedah-kaedah bertindak merebut peluang masa depan. Dalam mencapai tamadun abad 21 adalah dipengaruhi oleh keupayaan manusia meneroka, membangun dan menggunakan manipulasi, sekurang- sekurangnya 20 tahun teknologi teras secara produktif dan optimum. Di samping itu,pemimpin negara Malaysia juga haruslah mempunyai keinginan dan daya usaha untuk memsnifestasikan kewujudan generasi masa hadapan yang mempunyai ciri-ciri pemimpin seperti yang diimpikan oleh Umar Ibn Al-Khattab. Kejayaan wawasan 2020 banyak bergantung kepada kejayaan pemimpin masa kini yang membina generasi pelapis yang bermutu untuk mencapai kecemerlangan di masa hadapan. Suria Janib (1996),
      • mengatakan bahawa contohilah Imam Ghazali dan Imam Syafie untuk cari ilmu dan ilmu itu dimanfaatkan untuk generasi akan datang.



                                    • M

  • Di samping itu juga, dalam pemerinthan negara Malaysia, masyarakat melayu sudah mempunyai pentadbiran yang cekap iaitu mempunyai jentera pentadbiran yang boleh dibanggakan. Ia bukan sahaja cekap, disiplin dan produktif tetapi bermutu tinggi dan setanding dengan jentera pentadbiran di negara-negara maju. Dengan wujudnya masyarakat melayu yang bersatu padu, sentiasa memelihara moral dan etika serta
    masyarakat liberal dan bertolak ansur, maka tidak mustahil suatu hari nanti negara Malaysia akan menjadi sebuah negara yang bertamadun. Jikalau di zaman pemjajah Inggeris, anak melayu menjadi petani, pegawai rendah, tetapi sekarang sudah berubah menjadi ketua jabatan saintis, actuarist, ahli fizik nuclear, pakar bedah dan pakar dalam pelbagai bidang serta menjadi ahli korporat. Inilah masanya untuk membuktikan kepada dunia bahawa orang melayu boleh menjadi pengurus yang cekap dan baik serta mampu membangunkan kegemilangan tamadun Islam.


  • Masyarakat melayu juga perlu menglami transformasi yang radikal iaitu pemmbaharuan melayu dalam konsep maju dalam ”acuan sendiri„ seperti yang berteraskan prinsip dan nilai-nilai dasar agama dan budaya kita sendiri.3 Walau bagaimanapun dari segi kata lain, proses pembaharuan ialah satu proses yang berterusan yang harus dialami oleh setiap umatyang ingin mengemaskinikan diri, sesuai dengan pembaharuan zaman. Jadi dalam hubungan inilah uamt melayu harus menghadapi perubahan bagi menghadapi cabaran ke 21. Masyarakat melayu sekarang juga perlu bijak mengunakan kemudahan-kemudahan yang diperuntukkan negara dalam memajukan diri sendiri dan masa depan Malaysia. Falsafah in ada dijelaskan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato‘ Seri Dr Mahathir Mohamad yang berucap semasa mersmikan pelancaran Putrajaya pada 25 Ogos 1993. Kecemerlangan tamadun melayu semakin berkembang apabila wujudnya projek raksasa Koridor Raya Multimedia yang diumumkan pada akhir tahun 1996 yang menjadikan kawasan yang dilengkapi infrastruktur, perundangan, dasar dan amalan yang memungkinkan firma-firma multimedia menerokai dunia maklumat tanpa sempadan. 



    • Di samping itu juga, dalam pemerinthan negara Malaysia, masyarakat melayu sudah mempunyai pentadbiran yang cekap iaitu mempunyai jentera pentadbiran yang boleh dibanggakan. Ia bukan sahaja cekap, disiplin dan produktif tetapi bermutu tinggi dan setanding dengan jentera pentadbiran di negara-negara maju. Dengan wujudnya masyarakat melayu yang bersatu padu, sentiasa memelihara moral dan etika serta 
      • masyarakat liberal dan bertolak ansur, maka tidak mustahil suatu hari nanti negara Malaysia akan menjadi sebuah negara yang bertamadun. Jikalau di zaman pemjajah Inggeris, anak melayu menjadi petani, pegawai rendah, tetapi sekarang sudah berubah menjadi ketua jabatan saintis, actuarist, ahli fizik nuclear, pakar bedah dan pakar dalam pelbagai bidang serta menjadi ahli korporat. Inilah masanya untuk membuktikan kepada dunia bahawa orang melayu boleh menjadi pengurus yang cekap dan baik serta mampu membangunkan kegemilangan tamadun Islam.
     


Posted by FaTzLiNa at 08:55 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Monday, 9 April 2012

SUMBANGAN TAMADUN ISLAM KEPADA DUNIA

Tahukah anda, siapakah org yang pertama terbang di udara?


Tokoh Islam tersebut adalah IBN FIRNAS (Abul Qassim Abbas Ibnu Firnas Ibn Wardus)

Dilahirkan di Korah Takrna dekat Rondo, dalam jajahan Sepanyol dan dibesarkan di Cordova sewaktu kegemilangan Andalusia.

Ibn Firnas salah seorang ahli fizik, Kimia dan Astronomi yang pernah membuat eksperimen menggabungkan bahan-bahan tanah dan batu lalu terhasil kaca..

Dengan akal yang bijak dan kreatif, Ibn Firnas merekacipta satu alat yang sampai sekarang dijadikan sebagai asas kapal terbang. Idea mereka kapal terbang pertama di dunia terhasil selepas beliau merenung burung-burung ciptaan Allah. Beliau terfikir untuk mencipta satu alat yang boleh menerbangkan manusia.







Ilmuan Islam ini telah menggegarkan dunia dengan ciptaan yang mana kita disogokkan sewaktu kecil iaitu adik-beradik Oliver & Wilbur yang mula-mula mencipta kapal terbang.

Beliau membuat demostrasi dengan memanggil rakyat Kordova untuk menyaksikan beliau menerbangkan dirinya menuruni gunung. Penerbangannya berjaya tetapi pendaratannya agak keras sehingga tulang belakangnya cedera.

Rekaan Ibn Firnas itu sebenarnya MENDAHULUI Da Vinci selama 600 tahun manakala adik-beradik Wright selepas 1000 tahun kemudian.


Salah satu lakaran lukisan Leonardo da Vinci
sumber: Gibbs 1974




Ibn Firnas antara TOKOH MUSLIM yang jarang disebut dalam sejarah tetapi catatan khazanah MUSLIM mengenai teknologi Ibn Firnas ini juga telah diangkut ke BARAT dan DITUKAR FAKTA!



Posted by FaTzLiNa at 07:24 4 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Sunday, 8 April 2012

SAYANGILAH ISLAM...

BAGAIMANA MENGHAYATI ISLAM.....

 
Keutamaan Majlis Zikrullah (ilmu):

“Rasulullah saw datang kepada sahabat dan bertanya: ‘Apa sebab kamu duduk? ’Kami berzikir dan memuji Allah atas hidayah Islam diberikan kpd kami ’ Beliau bersabda: ’Demi Allah, hanya untuk itu kamu duduk?
Saya tidak menyuruh kamu bersumpah untuk menjawab soalan saya, tetapi Jibril datang kepadaku dan beritahu bahawa Allah membanggakan kamu kepada para malaikatnya”
(Muslim)


“Tidaklah suatu kaum duduk berzikir kepada Allah melainkan mereka itu dikelilingi para malaikat, diliputi rahmah, turunlah ketenteraman atas diri mereka serta disebut oleh Allah dikalangan malaikatnya” (HR Muslim)

I. Pengertian Menghayati Islam

Ma’rifat Islam: kenal dan faham dengan betul. Syeikh al-Qardhawi menyatakan bahawa Islam ialah penyelamat dunia dan akhirat, yang panduannya diturunkan Allah dalam al-Quran sebagai akidah, ibadah, tarbiyah, akhlak, adab dan perundangan. Jika Islam dilaksana dapatlah mensuci diri, menjadikan keluarga tenang, masyarakat bersatu dan negara aman. Salah faham dan salah dalam amalan hidup menyebabkan individu dan masyarakat akan pincang.

Sumber Islam adalah al-Quran, sunnah dan sunnah Khulafa’ al-Rasyidin. Faham aliran bukan Islam bukanlah aliran umat ini. Ia adalah aliran yang ajnabi.

Islam menuntut penyerahan hati dan diri dengan mematuhi peraturan dan hukum Allah. Dengan begini Islam memestikan dibentuknya pendokong (rijal) agar Islam dapat mengamankan kehidupan di muka bumi ini.

Syeikh Mustafa Masyur menjelaskan bahawa: “Iman dinamik, berfungsi dan hidup, bukannya mandul. Sumber kekuatan, melahirkan tenaga, meningkatkan azam dan kemahuan, memudahkan tindakan, mampu menghadapi rintangan, menghindarkan kesalahan dan menjadi petunjuk sepanjang perjalanan. Berpaksikan kepada jiwa yang sentiasa merasa-rasakan Allah bersamanya (mu’ayyatullah).” Dengan itu setiap Muslim perlu kembali kepada madrasah Rasulullah saw dari segi nokhtah bidayah, uslub, matlamat, qudwah dan manhajnya.

II. Fungsi al-Quran

Al-Quran hanya boleh berfungsi jika seseorang itu benar-benar beriman yakni faham, yakin dan merasai sasaran setiap ayat. Ia merasai sentuhan ayat al-Quran. Bermula dengan ia merima Al-Quran sebagai dustur kehidupan, beriman kepada ajarannya. Maka ia membacanya, memahami ajarannya, menhayatinya dengan bersungguh-sungguh pada diri sendiri dan membentuk keluarga dan masyarakat dengan acuan Al-Quran.

III. Faktor Kejayaan Generasi Awal

Generasi awal meyakini sepenuh apa disampaikan oleh Rasulullah saw sebagai al-haq. Mereka berpegang tanpa berganjak. Kejayaan Rasulullah saw menjadikan para sahabat sebagai gambaran hukum mengatur urusan hidup mereka, mengendalikan masyarakat dan tentukan hubungan sesama manusia.

Ini adalah kerana menjadi kenyataan bahawa Al-Quran hanya berfungsi atas hati beriman; Dan apabila diturunkan suatu surah maka antara mereka ada berkata: "Siapakah di antara kamu yang bertambah imannya disebabkan oleh surah ini?" Adapun orang-orang yang beriman, maka surah itu menambahkan iman mereka, sedang mereka bergembira. Adapun orang-orang ada dalam hati mereka ada penyakit, maka surah itu bertambah kekafiran disamping kekafiran sedia ada dan mereka mati dalam keadaan kafir.” (at-Taubah:124-125)

Sabda Nabi S.A.W; “Ketahuilah bahawa di dalam badan manusia itu ada seketul daging apabila baik, maka baiklah seluruhnya dan apabila rosak maka rosaklah seluruh tubuhnya. Ketahuilah itulah hati” .

Sabdanya lagi: “Sesungguhnya hati itu berkarat sebagaimana berkaratnya besi” Bertanya sahabat: “Bagaimana cara untuk membersihnya?” Jawab baginda: “Tilawatil al-Quran dan ingatkan kepada mati”

IV. Operasi Pembersihan Hati

Sebagai permulaan usaha hendahklah kita meningkatkan hati kepada tingkatan iman, nur sebagaimana dikehendakki Allah:“Adakah orang dilapangkan Allah dadanya untuk menerima Islam, lalu ia tetap berada dalam cahaya (hidayah) dari Tuhannya,” (az-Zumar:22)

Wasail pembersihan diri adalah:

Ø Tafaqquh fi-din – fahami makna, tuntutan dan tanggungjawab Islam; “Siapa yang Allah hendak berikan kebaikan kepadanya maka Allah beri ia faham tentang Islam” (al-Hadis)

Ø Menjalankan operasi pembersihan diri daripada rawasit al-jahiliyah

Ø Pengisian ibadah dengan tafakkur, wirid, zikir, iktikaf, qiammullail – laksana dengan kefahaman dan hajat kepada Allah; “Wahai orang yang berselimut! Bangunlah sedikit masa pada waktu malam. Ataupun lebihkan (sedikit) daripadanya; dan bacalah Al-Quran dengan "Tartil". Sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu kata-kata (wahyu) yang berat.”

Posted by FaTzLiNa at 02:28 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Hargai Harimu

Jom Sertai Kami..

Search This Blog

Asma Ul Husna

Blog Archive

  • ▼  2012 (10)
    • ▼  April (10)
      • KESAN KEDATANGAN ISLAM TERHADAP SOSIOBUDAYA
      • No title
      • KEWUJUDAN TAMADUN ISLAM
      • PIRAMID MELAYU TERSEMBUNYI DI LAUTAN JEPUN
      • TAMADUN MELAYU: MASA DEPAN
      • SUMBANGAN TAMADUN ISLAM KEPADA DUNIA
      • SAYANGILAH ISLAM...
      • SURAH AL-BAQARAH 250
      • FEATURES OF BEST MUSLIM/SIFAT MAHMUDAH
      • SIAPAKAH YANG MERUBAHKAN WAJAH ISLAM DI MALAYSIA.....

Click Here Honey

Masa Itu Emas

About Me

My photo
FaTzLiNa
Indra kaYanGan, Perlis, Malaysia
Belong's this group Farhana zetty Linda Nik Najihah
View my complete profile

Total Pageviews

Click Here

style type="text/css"> /* Circle Text Styles */ #outerCircleText { font-style: normal; font-weight: normal; font-family: 'ARIAL'; color: # CCFF00; position: absolute;top: 0;left: 0;z-index: 3000;cursor: default;} #outerCircleText div {position: relative;} #outerCircleText div div {position: absolute;top: 0;left: 0;text-align: center;}

Followers

Backgrounds & Plaid Backgrounds

Maher Zain -Open Your Eyes

rasherish art. Theme images by mattjeacock. Powered by Blogger.